Seorang
ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun
1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti
di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada
tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke
peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah
(Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi
pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan
gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan
Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan
dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Karya beliau yang termasyhur ialah
al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9
jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah;
1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz
0 komentar:
Posting Komentar