ASY-SYAHID SAYYID QUTB
Sayyid
Qutb di lahirkan tahun 1906 di sebuah kampoug di Selatan Mesir. Sejak
kecil beliau telah diasuh dengan semangat cintakan agama oleh kedua
ibu-bapanya. Beliau dihantar untuk mempelajari agama dan menghafal
al-Quran. Didikan agama ketika kecil ini amat memberi bekas kepada
As-Syahid hingga ke zaman dewasanya. Walaupun pengajian-pengajian yang
dilalunya di peringkat dewasa tidak takhasus di bidang agama, tetapi
penghayatan agamanya cukup tinggi. Jika tidak sudah pastinya beliau
tidak akan mampu menulis kitab-kitab yang begitu hebat terutamanya Fi
Zilalil Quran. Dalam hal ini pentarbiahan ikhwan juga banyak memberi
sumbangan selain kesan didikan semasa kecil itu.
Sayyid
Qutb mula berkecimpung dengan jamaah Ikhwan pada tahun 40an. Sejak awal
pengllibatannya, beliau menjadi pendokong yang amat aktif. Beliau tidak
rela hanya sekadar menjadi pemerhati atau penyokong sahaja. Kerana itu
dengan segala kebolehan dan kepakaran yang ada padanya –iaitu dalam
bidang penulisan dan kesusasteraan– beliau berusaha bersungguh untuk
menyedarkan kaum muslimin supaya bersama-sama Ikhwan Muslimin untuk
berjihad dan berjuang mengembalikan kedaulatan Islam di muka bumi ini.
Pada tahun 1950, beliau mula menulis Fi Zilalil Quran, kitab tafsir yang
amat disanjung itu. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan untuk
menjadi pemimpin redaksi majalah rasmi Ihkwan iaitu “Ikhwanul Muslimin”,
Kegigihan
Sayyid Qutb menimbulkan ancaman kepada Kerajaan Mesir ketika itu yang
menganut fahaman Sosialisme, menyebabkan beliau ditangkap pada tahun
1954 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Di dalam penjara,
beliau diseksa dengan amat kejam hingga menimbulkan radang paru-paru
yang amat teruk. Kerana kesihatan yang amat buruk, beliau dibebaskan
pada tahun 1964 iaitu setelah 10 tahun dalam penjara. Pemerintah Mesir
berharap dengan kesihatan yang buruk itu, Said Qutb tidak akan bergerak
aktif dengan Ikhwan selepas dikeluarkan dari penjara. Apatahlagi umurnya
ketika itu telah melebihi 60 tahun. Namun sangkaan mereka meleset. Said
Qutb bergerak lebih aktif selepas dibebaskan.
Tidak
sampai setahun dibebaskan, Said Qutb ditangkap semula iaitu pada tahun
1965. Pada kali ini, tidak lagi hukuman penjara yang mengikuti beliau
tetapi hukuman gantung. Said Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati oleh mahkamah Tentera Mesir bersama dua lagi rakannya iaitu
Muhammad Hawwasy dan Abdul Fattah Ismail. Tatkala mendengar hukuman ke
atasnya dibaca, tidak ada tanda gelisah, takut mahupun rasa bersalah di
wajahnya. Dengan tenang beliau berkata; “Al-Hamdulillah” kerana apa yang
beliau idam-idamkan sekian lama telah dikabulkan Allah iaitulah mati
sebagai seorang Syahid.
0 komentar:
Posting Komentar