Seorang
ulama’ yang masyhur di Mesir dan seluruh dunia Islam hari ini. Dididik
oleh al-Azhar sejak dari peringkat pengajian rendah hinggalah ke
pengajian tinggi dan akhirnya muncul sebagai seorang ulama’ kelahiran
al-Azhar yang berwibawa. Kecintaannya pada al-Azhar amat mendalam.
Kerana itu beliau sentiasa melazimi pakaian para ulama’ al-Azhar;
berjubah dan berserban. Pernah suatu ketika beliau melawat ke satu
negeri di Eropah. Semasa dalam keretapi, ada seorang menegur beliau;
‘Tidak bolehkah engkau menanggalkan serban dan jubah engkau dan engkau
memakai kot sepertimana orang di sini biasa memakainya”. Beliau
menjawab; “Apa salahnya aku memakai pakaian yang biasa dipakai oleh
ulama’-ulama’ al-Azhar. Jika seorang anggota tentera, anggota polis dan
sebagainya berbangga dengan uniform tentera dan polisnya, maka aku juga
berbangga dengan uniform al-Azharku (yakni berserban dan berjubah)”.
Lahir tahun 1917. Semasa mudanya sempat berjumpa dengan Imam Asy-Syahid
Hasan al-Banna dan menjadi anak murid serta pengikut setia beliau hingga
saat kematiannya kerana ditembak. Dalam satu tulisannya, Syeikh
Muhammad al-Ghazali pernah menulis; “Imam Hasan al-Banna adalah
mursyidku yang pertama”. Pernah dalam satu wawancara oleh Radio Mesir
secara lansung, beliau ditanya oleh juru-hebah; “Siapakah tokoh yang
membentuk keperibadiannya?”. Syeikh Muhammad al-Ghazali menjawab; “Hasan
al-Banna”. Terus ketika itu juga siaran secara lansung itu dihentikan
gara-gara kerana nama Imam Hasan al-Banna disebut. Kerajaan Sekular
Mesir amat memusuhi Imam Hasan al-Banna dan Ikhwan Muslimun. Kerana itu,
nama beliau dilarang sama sekali disebut dalam radio mahupun
televisyen. Syeikh Muhammad al-Ghazali menjadikan penulisan sebagai
medan dakwah utama beliau di samping lisan. Beliau telah menulis lebih
50 buah buku di samping artikel-artikel yang disiarkan dalam
majalah-majalah dan akhbar. Buku-buku tulisan beliau mendapat sambutan
yang luar biasa umat Islam di seluruh terutama di kalangan Arab. Kesemua
buku beliau menjadi best seller di Tanah Arab dan Dunia Islam serta
telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia termasuk
bahasa Melayu. Antara buku tulisan beliau ialah;
1. Kaifa Nafham al-Islam
2. Al-Janib al-'Atifi Fil-Islam
3. 'Aqidatul-Muslim
4. As-Sunnah an-Nabawiyyah Baina Ahlil-Fiqhi Wa Ahlil-Hadith
5. Laisa Minal-Islam
6. Al-Islam Wa al-Istibdad as-Siyasi
7. Al-Islam Wa al-Audha' al-Iqtisadiyyah
8. Dustur Wihdah as-Saqafah Baina al-Muslimin
9. al-Haq al-Murr
10. Akhalaqul-Muslim
Syeikh
Muhammad al-Ghazali meninggal pada tahun 1996 di Arab Saudi dan
dikebumikan di perkuburan al-Baqi', tempat bersemadinya sahabat-sahabat
Nabi r.a..
0 komentar:
Posting Komentar